I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, May 11, 2010

hmm.....

1.27 pagi...5/11/2010
mata ini masih belum boleh terlelap walaupun yang lain sudah lena dibuai mimpi.dan aku pasti kakak-kakak aku di maktab pun sudah terlelap keletihan.
hari ini tiada bezanya berbanding hari-hari lalu.namun aku lega mendengar keceriaan mereka berdua.andai saja aku mampu turut sama bergelak ketawa pasti indah hidup ini,kan..biarlah mereka menikmati hari-hari mereka bersama.moga kebahagiaan sentiasa seiring mereka.itu sudah cukup buat aku damai di sini walau masih pedih terasa.bila agaknya kita berpeluang bersua kembali?..masih adakah kesempatan buat kita?..wallahualam.
perpisahan ini lebih teruk berbanding yang aku bayangkan selama ini.aku tak dapat melupakan mereka walau sesaat aku di sini.memang mustahil aku mampu menyesuaikan diri dalam waktu yang sangat singkat.dulu,dari saat aku sedar dari tidur di pagi hari hingga saat aku menutup mata semula pada malam hari..aku bersama mereka.tiada yang lain dalam hidup aku saat itu.hanya mereka..dan itulah waktu-waktu paling bahagia dalam hidup aku.walaupun ramai yang tak mengerti dengan semua ini,namun inilah realitinya.ikatan kasih-sayang antara aku dengan mereka sangat utuh.kini,aku yang terjerat dengan perasaan sendiri..terpaksa menanggung lonjakan rindu yang teramat sangat dengan rutin harianku.sukar untuk aku bendung semua ini.apa lagi daya yang ku mampu..tiada..
ya tuhan,tolong lah aku..andai saja semua ini mimpi,alangkah bahgianya hati ini.
waktu ni,aku nak sangat menjerit.aku penat sangat,ya allah..aku tak larat dah.sampai bila aku harus bertahan.sampai bila-bila?..
inilah perkara paling aku takut dalam hidup..perpisahan!!
memang mudah orang lain berkata,"ala,rileks laa..teknologikan dah canggih.telefon ada,fb ada,sms ada"..tapi mereka tak pernah faham.ia sangat berbeza..
aku harap sangat,aku merayu sangat,ya allah..kuatkan aku.aku tau yang dia dah mampu sesuaikan diri tanpa aku di sana.dan aku juga harus sesuaikan diri.aku tak boleh terus begini.lagipun aku dah janji dengannya yang aku akan bahagia andai dia bahagia di sana.tolong beri aku kekuatan,ketabahan,ya Allah..untuk harungi perkara ini.moga-moga saat aku buka mata esok pagi,perasaan ini sudah mampu gembira seperti biasa.tolong laa..aku mohon pada-Mu,ya Allah..