I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, October 31, 2010

tarikh berperistiwa


30 oktober 2010..
hari graduasi dan perpisahan yg x kan sy lupa smpai bila-bila..
kekecewaan dan kehampaan menyelubungi diri ini saat itu..
kecewa dek kerana hajat dan keinginan x kesampaian..
akibat sikap insan lain yang tak pernah memahami..
aku juga tidak mengerti apakah begitu sukar untuk melihat kesenangan orang lain?..
menggelegak darah ini pabila ku ketahui milikku disentuh orang lain..
dengan tiba-tiba terjatuh jua air mata ini..
sebolehnya ingin aku menahannya selagi termampu..
namun,aku x berdaya lagi..
dia memang menguji kesabaranku..
usaha ku selama ini lenyap begitu sahaja..
tapi,aku tetap bersyukur..
kerna setidak-tidaknya dirinya masih mampu menerima kasih dariku..
walaupun bukan sepenuhnya,aku relakan..
aku reda segalanya,Ya Allah..

PMR BERAKHIR..

Alhamdulillah..bertemu kita lagi di lembaran ini.
kini,aku dan rakan-rakan seperjuangan sudah pulang ke pangkuan keluarga walaupun pelajar lain masih bersekolah.kami diberi cuti awal berbanding pelajar lain.pmr kini sudah berakhir hanya menunggu saat keputusan peperiksaan diumumkan.tempoh 2 bulan sebenarnya tidaklah begitu lama.pejam celik,pejam celik..waktunya sudah tiba.kami hanya mampu berdoa agar pemeriksa lembut hati ketika menanda kertas jawapan kami.harapan aku untuk mengapai 8a itu sangat tinggi sebenarnya.walaupun kadang-kala orang ramai bertanya,"kau yakin boleh dapat 8a?"..jawapan aku walaupun diri ini tidak yakin sekalipun,tetap aku sentiasa berharap dan berharap.hanya pada allah aku serahkan segalanya.

esok,kak umi dan pelajar lain di maktab akan menjalani peperiksaan akhir semester ini.moga kak umi tenang menjawab semua soalan.aku sentiasa mengharapkan yang terbaik untuknya.moga dia dapat buktikan kepada semua guru yang selama ini menentangnya.ayuh akak,bersihkan nama akak pada mereka.saya sentiasa menyokong..

tak lama lagi juga,abang dan kak fasilah akan menghadapi spm.dalam masa beberapa minggu saja lagi saya kira.moga mereka buat yang terbaik demi masa depan yang cerah.

buat abang:ayuh berusaha.lupakan segala keseronokkan buat sementara.sebagai adik,saya juga sangat mengharap agar mampu berbangga dengan keputusan exam abang selepas ini.

buat kak fasilah:jangan pernah putus asa.walaupun kita jauh kini tapi saya sentiasa mendoakan akak.moga akak dapat mencapai 10a yang akak impikan.janganlah bersedih lagi dengan perpisahan yang berlaku.saya tak pernah lupa pada akak.jaga diri dan kesihatan.perjuangan ini sudah hampir sampai ke penghujungnya.bersabarlah,biar penat sekarang agar kebahagiaan yang diperoleh akhirnya.