I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, December 25, 2010

Alhamdulillah..

Akhirnya,impian yang dikejar jadi realiti..8A dalam genggaman ku kini.mungkin bagi orang lain kejayaan ini tidak begitu penting tapi ia amat penting bagi aku kerna inilah kehidupan aku.sukar bagi orang lain memahami.inilah titik permulaan atau batu loncatan untuk aku menggapai kejayaan yang lebih besar pada masa depan.syukur pada Allah,usaha aku dan rakan2 kini membuahkan hasil.kami berjaya mencatatkan kejayaan terbaik pasir salak dengan mendapat tempat ke-2 antara MRSM se-Malaysia serta 100% A dalam subjek BM dan KH.aku bersyukur sgt2 sbb Allah kabulkan doa aku untuk lihat semua org gembira terutama cikgu2.terima kasih,Ya Rahman.

cuma satu harapan aku kini..agar Allah tidak melalaikan aku dan rakan2 dgn kejayaan yang dikurniakanNya.jgn biarkan kami bongkak atau angkuh dengan kejayaan ini.berilah kami kesedaran bahawa ini adalah rezeki dariMu bukan hanya dari usaha kami sahaja.moga kejayaan ini bakal berguna buat agama,bangsa,dan negara..

kejayaan yang diterima juga aku kongsikan bersama sepupu2 yang sebaya denganku.alhamdulillah kejayaan straight A dalam UPSR beberapa tahun lalu berulang kembali.sekali lagi kami berjaya buktikan bahawa cucu2 arwah embah boleh berjaya.kalau embah ada lagi,boleh laa aku cakap kat dia..'embah..fatin,syazana ngan amirah dapat 8A dlm PMR..semua cucu embah dpt 8A..embah suka?..'aku pasti dia bakal tersenyum bangga..

inilah realiti hidup aku..segala masalah bakal selesai hanya dengan kejayaan kerna inilah harapan hidup kami.well,kini masanya untuk tingkatkan usaha bagi menghadapi SPM pula.go,go,fighting...

Sunday, December 19, 2010

Hayatilah..

Kawan..sahabat..teman..
macam mana kita nak tahu siapa teman kita sebenarnya..
bolehkah kita mempercayai kata-kata dari mulutnya..
bukankah anggota ciptaan Allah ini mampu memalsukan kebenaran..
adakah omongannya selari kata hatinya..
aku ragu mengenainya..
adakah aku hanya teman di kala dia kebosanan..
kesunyian..keseorangan..
memang benar kata-katanya penuh kasih..
namun..
sejauh mana hakikat sebenarnya..
sesekali tingkahnya tidak menggambarkan kata-katanya..
itu yang menjadikan aku ragu..
maafkan daku..
hingga timbul rasa sangsi dalam hati ini..
aku tahu keyakinan itu penting..
oleh itu,teman..sahabat..saudara..
biarlah apa pun kebenarannya..
aku tetap percaya padamu..
biarpun kadang-kala aku terluka..
namun aku rela..
agar aku mampu bergelar..
TEMAN YANG SETIA....

p/s..bunyi mcm org tgh bercinta,kan..tp ketahuilah cinta ada banyak cabang..cinta pd Allah,alam juga manusia..dan cinta pada sahabat atau saudara lebih suci berbanding cinta pada teman lelaki atau teman wanita..barang siapa tahu menghayatinya bakal faham maksud luahan ini..terima kasih

Saturday, December 18, 2010

Kemaafan Dan Terima Kasih..


Ini adalah sebuah kisah tentang dua orang sahabat karib yang sedang berjalan melintasi gurun pasir. Di tengah perjalanan, mereka bertengkar, dan salah seorang menampar temannya. Orang yang kena tampar, berasa sakit hati, tapi tanpa berkata apa-apa pun, dia menulis di atas pasir : HARI INI, SAHABAT TERBAIKKU MENAMPAR PIPIKU. Mereka terus berjalan, sampai menemui sebuah oasis, di mana mereka membuat keputusan untuk mandi. Orang yang pipinya kena tampar dan terluka hatinya, cuba berenang namun nyaris tenggelam dan lemas, tetapi berjaya diselamatkan oleh sahabatnya. Ketika dia mulai sedar dari lemas dan rasa takut sudah hilang, dia menulis di atas sebuah batu : HARI INI, SAHABAT TERBAIKKU MENYELAMATKAN NYAWAKU. Orang yang menolong dan menampar sahabatnya, bertanya, "Kenapa setelah saya melukai hatimu, kamu menulisnya di atas pasir, dan sekarang kamu menulis di batu ?" Temannya sambil tersenyum menjawab, "Ketika seorang sahabat melukai kita, kita harus menulisnya di atas pasir agar angin maaf datang menghembus dan menghapus tulisan tersebut. Dan bila sesuatu yang luar biasa terjadi, kita harus memahatnya di atas batu hati kita, agar tidak hilang ditiup angin."


Moral:

Dalam hidup ini sering timbul berbeza pendapat dan konflik kerana sudut pandangan yang berbeza. Oleh sebab itu, cubalah untuk saling memaafkan dan lupakan masalah lalu..sering lafazkan ucapan kasih agar ikatan kekal abadi..

Keputusan PMR diumum Khamis depan

2010/12/15
KUALA LUMPUR: Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010 akan diumumkan pada 23 Disember ini.

Kementerian Pelajaran, dalam satu kenyataan hari ini, menyatakan analisis keputusan PMR akan diumumkan pada hari itu di pejabat kementerian di Putrajaya.
Keputusan akan dikeluarkan di sekolah masing-masing pada hari sama mulai 10 pagi manakala calon persendirian pula akan mendapat keputusan mereka melalui pos yang akan dihantar oleh Jabatan Pelajaran Negeri.

Bagaimanakah kesudahannya?..ish..berdebar-debar hati ni.dulu nak ambil keputusan upsr,tak ada lah takut macam ni sekali..macam mane la ni..Ya Rahman,dengarlah aku..aku merayu..kurniakan permintaan aku,Ya tuhan..

Friday, December 17, 2010

Air Mata Mutiara


Pada suatu hari seekor anak kerang di dasar laut mengadu dan mengeluh pada ibunya sebab sebutir pasir tajam memasuki tubuhnya yang merah dan lembik.

"Anakku," kata sang ibu sambil bercucuran air mata, "Tuhan tidak memberikan pada kita, bangsa kerang, sebuah tangan pun, sehingga Ibu tak dapat menolongmu."

Si ibu terdiam, sejenak, "Aku tahu bahawa itu sakit anakku. Tetapi terimalah itu sebagai takdir alam. Kuatkan hatimu. Jangan terlalu lincah lagi. Kerahkan semangatmu melawan rasa ngilu dan perit yang menggigit. Balutlah pasir itu dengan getah perutmu. Hanya itu yang mampu kau lakukan", kata ibunya dengan sendu dan lembut.

Anak kerang pun melakukan nasihat bondanya. Ada hasilnya, tetapi rasa sakit terkadang masih terasa. Kadang di tengah kesakitannya, ia meragukan nasihat ibunya. Dengan air mata ia bertahan, bertahun-tahun lamanya.

Tetapi tanpa disadarinya sebutir mutiara mulai terbentuk dalam dagingnya. Makin lama makin halus. Rasa sakit pun makin berkurang. Dan semakin lama mutiaranya semakin besar. Rasa sakit menjadi terasa lebih wajar.

Akhirnya sesudah sekian tahun, sebutir mutiara besar, kukuh berkilat, dan berharga mahal pun terbentuk dengan sempurna. Penderitaannya berubah menjadi mutiara; air matanya berubah menjadi sangat berharga. Dirinya kini, sebagai hasil derita bertahun-tahun, lebih berharga daripada sejuta kerang lain yang cuma disantap orang sebagai kerang rebus di pinggir jalan.



Moral :

Cerita di atas adalah sebuah paradigma yg menjelaskan bahwa penderitaan adalah lorong transendental untuk menjadikan "kerang biasa" menjadi "kerang luar biasa". Kerana itu dapat dipertegaskan bahawa kekecewaan dan penderitaan dapat mengubah "orang biasa" menjadi "orang luar biasa".

Banyak orang yang mundur saat berada di lorong transendental tersebut, kerana mereka tidak tahan dengan cubaan yang mereka alami. Ada dua pilihan sebenarnya yang dapat mereka pilih: menjadi `kerang biasa' yang disantap orang atau menjadi `kerang yang menghasilkan mutiara'. Sayangnya, lebih banyak orang yang mengambil pilihan pertama, sehingga tidak mengherankan bila jumlah orang yang berjaya lebih sedikit dari orang yang `biasa-biasa saja'.

Mungkin saat ini kita sedang mengalami penolakan, kekecewaan, patah hati, atau terluka kerana orang-orang di sekitar kamu cubalah utk tetap tersenyum dan tetap berjalan di lorong tersebut, dan sambil katakan di dalam hatimu..

"Airmataku diperhitungkan Tuhan.. dan penderitaanku ini akan mengubah diriku menjadi mutiara."

Ibu...bidadariku


Seorang bayi bersiap untuk dilahirkan ke dunia. Dia berkata pada dirinya sendiri: “ para malaikat mengatakan bahawa esok aku akan dikirimkan ke dunia, tetapi bagaimana aku boleh hidup di sana? Aku begitu kecil dan lemah?”

Tiba terdengar suatu suara: “ Jangan bimbang. Aku telah memilih seorang bidadari untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihi kamu di sana.”

Bagaimanapun bayi itu merasa bimbang dan takut untuk menghadapi dunia yang amat asing baginya.

“Di sini – surga – apa yang aku lakukan hanyalah menyanyi dan ketawa sepanjang hari. Ini sudah cukup bagi aku untuk berasa bahagia,” kata bayi itu dalam nada yang cukup sedih.

“ Jangan kamu bimbang. Bidadarimu akan menyanyi, sentiasa tersenyum dan menjagamu sepanjang masa. Dan kamu akan merasa kehangatan cintanya. Dengan semua itu kamu akan lebih bahagia daripada di sini,” terdengar sekali lagi suara tadi.

“Tapi bagaimana aku akan mengerti apa yang dibicarakan oleh bidadariku jika aku tidak memahami bahasanya?” tanya bayi itu separuh merintih.

“Bidadarimu akan berbicara kepada mu menggunakan bahasa lembut yang paling indah pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian, dia akan mengajarkan kamu cara berbicara,” Berkata suara itu lagi.

Bayi itu masih tidak puas hati, dia terus juga bertanya: “aku mendengar bahawa di dunia banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi aku?”

“Bidadarimu akan memberikan perlindungan dengan sepenuh jiwa raganya,” balas suara itu.

“Tetapi aku pasti akan merasa sedih kerana meninggalkan tempat yng begini indah,” rintih bayi itu lagi.

Bidadarimu akan menceritakan kepadamu segala-galanya. Dia akan mengajar kamu segala-galanya. Dia akan mengajar kamu segala ilmu yang ada. Jangan bimbang kerana bidadarimu sanggup mengorbankan segalanya untukmu. Padanya, kamu adalah segala-galanya!

Di saat itu suasana menjadi begitu tenang dan perlahan-lahan bayi itu bertanya lagi: “jika aku harus pergi sekarang, bolehkah diberitahu siapakah bidadari itu?
“Kamu akan memanggil bidadari itu…IBU!”


Moral :

Ingatlah! Curahkan sepenuh kasih sayang kepada ibumu, berdoalah untuknya dan cintailah dia sepanjang hayat.

Thursday, December 16, 2010

Assalamualaikum..

Seperti yang diketahui ramai,keputusan pmr bakal dikeluarkan 23 disember 2010..kira-kira seminggu dari sekarang.debaran kian terasa..memikirkan nasib dan perjalanan masa depan.mungkinkah aku mampu menggalas harapan ramai orang?..harapnya begitulah.
beberapa minggu lagi,kehidupan bakal kembali seperti dahulu.sekolah,homework..erm,mungkin ini saat yang ditunggu-tunggu.mungkin juga tidak..apa-apa pun,hidup harus diteruskan..
pengalaman hari-hari yang baru aku lalui,mengajar aku banyak benda.tentang erti pengorbanan,kasih sayang,perjuangan..demi kejayaan menempuh hidup sebagai khalifah Allah di bumi ini.kepayahan hidup memaparkan kesedaran dalam diri aku bahawa bukan hanya aku yang berkorban malah terlalu ramai yang berkorban untuk aku.sebelum inii,aku terlalu banyak merungut tentang harapan yang digantungkan kepada aku.tapi sedarkah aku,hanya dengan harapan itu mereka dapat terus bertahan dengan dugaan Allah.pengorbanan aku tidaklah setanding jika hendak dibandingkan dengan pengorbanan mereka.aku cuma aset mereka yang takkan pernah wujud tanpa usaha mereka.Allah itu maha Adil,bukan..aku bersyukur walaupun terlalu banyak cabaran dalam hidup tapi ada satu anugerah yang dikurniakanNya iaitu Kasih Sayang..
hidup aku terlalu banyak insan yang aku sayang.kadang-kala merekalah kekuatan aku untuk terus hidup.walaupun sesekali hati terguris dek sikap mereka yang menyakitkan..perbuatan yang mungkin mereka sendiri tidak sedari..memang sakit rasenye..tapi pasti terubat dengan penangan memori2 indah.sedarkah mereka bahawa aku sayang mereka..
kadang-kala perasaan marah dan iri hati pabila mereka meyayangi yang lain..atau disayangi yang lain.tapi nilai kasih sayang itu milik Allah.tidak layak untuk aku persoalkan.aku hanya mampu berkongsi dan menumpang apa yang sememangnya milik Allah.segala-galanya...
untuk memaparkan kesungguhan dan betapa kuatnya kasih sayang aku pada insan2 ini,cuma satu tugasku...
iaitu berbakti pada mereka..membantu saat kesusahan mendatang,mendampingi saat kegusaran melanda..pengorbanan itu sangat penting..kebahagiaan itu pasti datang!!
Allah itu tahu tapi menunggu....wassalam

Pada suatu hari, Mu’adz bin Jabbal menghadap Rasulullah S.A.W dan bertanya: “Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepada mengenai firman Allah S.W.T: Ketika sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris”. (Surah An-Naba’ ayat 18).

Mendengar pertanyaan itu, Baginda menangis hingga basah pakaiannya. Lalu Baginda menjawab: “Wahai Mu’adz, engkau bertanyaka kepada aku perkara yang amat besar, bahawa umatku akan diiring, dikumpulkan berbaris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri”.

Maka, ditanyakan apakah 12 barisan itu?..

Barisan Pertama: Diiring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih bermaksud: “Mereka itu ialah orang yang ketika hidupnya menyakiti hati jirannya, maka ini balasannya”.

Barisan Kedua: Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datang suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: “Mereka itulah orang ketika hidupnya meringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembalinya adalah neraka”.

Barisan Ketiga: Diiring dari kubur berbentuk keldai, perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. “Mereka itulah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka”.

Barisan Keempat: Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. “Mereka adalah orang yang berdusta dalam jual beli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka”.

Barisan Kelima: Diiring dari kubur dengan bau busuk. Ketika itu Allah S.W.T menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. “Mereka itu ialah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui manusia, tetapi tidak kepada Allah S.W.T, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka”.

Barisan Keenam: Diiring dari kubur dengan kepala mereka terputus dari badan. “Mereka ialah orang yang menjadi saksi palsu. Inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka”.

Barisan Ketujuh: Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi, dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. “Mereka ialah orang yang enggan memberi kesaksiaan diatas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka”.

Barisan Kelapan: Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas. “Mereka ialah orang yang berzina. Inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka”.

Barisan Kesembilan: Diiring dari kubur dengan wajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. “Mereka ialah orang yang memakan harta anak yatim dengan cara haram, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka”.

Barisan Kesepuluh: Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuhnya penuh dengan sopak dan kusta. “Mereka ialah orang yang menderhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka”.

Barisan Kesebelas: Diiring dari kubur mereka dengan keadaan buta, gigi memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir melebar sampai ke dada dan lidah terjulur memanjang sampai ke perut serta keluar beraneka kotoran. “Mereka ialah orang yang meminum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka”.

Barisan Keduabelas: Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui ‘Titian Sirat’ seperti kilat. Maka datanglah suara dari sisi Allah S.W.T Yang Maha Pengasih memaklumkan: “Mereka ialah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjahui perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia mereka sudah bertaubat. Maka, inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredaan Allah S.W.T Yang Maha Pengasih dan Penyayang

Tuesday, December 7, 2010

Salam Maal Hijrah

Selamat menyambut maal hijrah atau awal muharam kepada semua umat Islam di Malaysia..
marilah kita memulakan hidup baru dengan satu penghijrahan dari sesuatu yang buruk kepada yang baik atau dari sesuatu yang baik kepada yang lebih baik.ramai yang tidak menyedari ketibaan awal muharam kerana rakyat Malaysia sudah terdidik dari kecil untuk mengikuti perkembangan budaya negara asing.jumlah yang menyambut ketibaan awal muharam jauh berbeza dengan jumlah rakyat yang menyambut tahun baru.mungkin inilah pengaruh penjajah yang pernah menakluki tanah air kita dulu.
harapan saya,moga anak bangsa kini mampu lebih menghargai Islam.di sini,saya sertakan doa awal tahun dan doa akhir tahun.moga tahun ini lebih baik berbanding tahun lepas.

Bacalah doa awal tahun berikut sebanyak tiga kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada hari terakhir bulan Zulhijah.

Bacalah doa akhir tahun sebanyak tiga kal
i selepas waktu Maghrib pada malam 1 Muharam.

Doa akhir tahun:

maksudnya..

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Doa awal tahun:

maksudnya..

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Saturday, December 4, 2010

Finally..

Assalamualaikum,semua...

memang dah agak lama tak update blog ni..tak tau nak tulis pasal apa..kadang2 tu malas pulak..
actually,masih tak ada apa2 yang nak dikongsikan..just my feeling was so bad recently.i also don't why..the tears were falling like i was missing something.or more accurate,miss someone..miss somewhere..
one story that i want to share about my life,my dear blog..
it's about 3 or 4 days,i did not call or text my dear foster sister at the college..just to make her comfortable and more focus to her study..
last night,i felt something was not right.so,i sent her a message..just to know her condition..it was already late actually.i expected that she will not reply the message because usually she was already go for bed.but,what was made me shock is she replied by saying..'demam la'..
my heart was beating fastly..i doesn't know what to do or say..anxiously,i just ask her to close her eyes and sleep..
that night,seriously for the first time i can't sleep..because worrying about her.i tried to make myself comfortable but i still can't sound asleep.
before this,she always by my side when i felt sick.i also tried the best to do the same thing when she felt sick..but now i can't do anything.she was far from me now.i doesn't know what was happened to her all the time.i felt so bad and useless.what the mean of a sister i was..
this morning,i text her again to know the news from her.she was taken to the clinic by teacher.i guess she was sick badly because before this she was hardly to go to the clinic.i felt so guilty for not being by her side when she was in trouble.i worry about her so much..i didn't text her to let her get enough rest.
this night,i text her to know whether she still in fever..but she doesn't reply.it make me worry until now.maybe she was attacked by the sickness again.if i can be there now,i will never let her felt like this.ya Allah,tolong laa..i just want her to recover.that's all..please,ya Allah..i am ready to replace her.sincerely..dengarlah aku,ya tuhan..aku mohon