I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, December 25, 2010

Alhamdulillah..

Akhirnya,impian yang dikejar jadi realiti..8A dalam genggaman ku kini.mungkin bagi orang lain kejayaan ini tidak begitu penting tapi ia amat penting bagi aku kerna inilah kehidupan aku.sukar bagi orang lain memahami.inilah titik permulaan atau batu loncatan untuk aku menggapai kejayaan yang lebih besar pada masa depan.syukur pada Allah,usaha aku dan rakan2 kini membuahkan hasil.kami berjaya mencatatkan kejayaan terbaik pasir salak dengan mendapat tempat ke-2 antara MRSM se-Malaysia serta 100% A dalam subjek BM dan KH.aku bersyukur sgt2 sbb Allah kabulkan doa aku untuk lihat semua org gembira terutama cikgu2.terima kasih,Ya Rahman.

cuma satu harapan aku kini..agar Allah tidak melalaikan aku dan rakan2 dgn kejayaan yang dikurniakanNya.jgn biarkan kami bongkak atau angkuh dengan kejayaan ini.berilah kami kesedaran bahawa ini adalah rezeki dariMu bukan hanya dari usaha kami sahaja.moga kejayaan ini bakal berguna buat agama,bangsa,dan negara..

kejayaan yang diterima juga aku kongsikan bersama sepupu2 yang sebaya denganku.alhamdulillah kejayaan straight A dalam UPSR beberapa tahun lalu berulang kembali.sekali lagi kami berjaya buktikan bahawa cucu2 arwah embah boleh berjaya.kalau embah ada lagi,boleh laa aku cakap kat dia..'embah..fatin,syazana ngan amirah dapat 8A dlm PMR..semua cucu embah dpt 8A..embah suka?..'aku pasti dia bakal tersenyum bangga..

inilah realiti hidup aku..segala masalah bakal selesai hanya dengan kejayaan kerna inilah harapan hidup kami.well,kini masanya untuk tingkatkan usaha bagi menghadapi SPM pula.go,go,fighting...

No comments: