I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, November 21, 2010

i'm back at last..

it's been quiet long since my last post in this blog.alhamdulillah,i already recovered from headache that attacked me for such a long period..i also don't know why and what was cause it.maybe it only a normal headache.hope so..
according to cikgu Aina,this week is the last week for all the examination paper's markers to key-in the PMR result.so,hope all the student will never stop pray for our gloriness together.for all MRSMPS's student,insya-Allah we will achieve what were we looking for all this time.i always hope in to the full extent of Allah.my heart is never stop go pitapat.please,i have to success..if not i'm gonna to die.please,Ya Allah..
tomorrow,my brother and sister will facing a big examination that will determine their own life after this which is SPM..i wish all the best for both of you.concentrate 100%,ok..always dream about glory and insya-Allah you will get it.make it ur dream come true with a strong heart and spirit.never give up and always look forward.i know both of u have sacrifice a lot of energy,time and happiness just to look up for fame.now,it is the time for both of u to act up and go for it.u have reach the last step to got what u have waiting for such 3 years since PMR..good luck and do ur best.

Thursday, November 18, 2010

hmmm..assalamualaikum semua!!
ari ni tak banyak yang dapat dikongsikan.satu hari pening kepala..klu diri lama-lama tu rase macam nak tumbang je.tapi aku buat-buat steady je la sebab aku tak suka orang tau aku sakit.lebih-lebih lagi family aku..bukan apa nanti mereka mesti kecoh sangat.padahal aku tak ada apa-apa pun.petang tadi,mama dengan ayah ajak pergi jalan-jalan dekat jeti.walaupun tak berapa larat sangat,aku pergi je laa sebab nak cover line.tapi ok jugak laa sebab semenjak aku balik,belum lagi aku jejak di jeti tu.walupun bukannye jauh sangat pun.hehe..best jugak laa.cantik pemandangan dekat situ waktu petang-petang macam tu.rasa tenang je.tapi ada jugak rasa hiba sebab teringat dekat maktab.selalunya petang-petang macam tu,apalagi kerja aku..melepak dekat wakaf laa.aku suka pemandangan kat situ.ketenangannya buat aku rasa lapang sangat.orang lain kalau nak cari aku pun..dah tau aku mesti ada kat wakaf petang2 macam tu.hehe..mereka dah kenal sangat tabiat aku ni.apa nak buat..dah aku suka..janji aku tak kacau orang.ok laa..dh ngantuk ni..slmt mlm!!
assalamualaikum..

Tuesday, November 16, 2010

Hari Raya Aidiladha..

17 November 2010..

Tarikh ini telah ditakdirkan oleh Allah supaya umat Islam di Malaysia menyambut hari raya haji..satu upacara wajib akan dilaksanakan hari ini iaitu upacara korban.apa yang kita tahu mengenai korban?..adakah sekadar menyembelih binatang?..sebenarnya hari raya korban membawa satu mesej yang harus kita jadikan pedoman..sambutan hari raya haji diadakan sempena memperingati peristiwa yang berlaku pada zaman nabi dahulu..
kisah di mana Nabi Ibrahim yang rela mengorbankan puteranya,Nabi Ismail semata-mata untuk menuruti perintah Allah.besar sungguh pengorbanan mereka,bukan..sedangkan kita,pastinya sudah merintih bahkan meraung jika berada di tempat Nabi Ibrahim atau Nabi Ismail..
namun Allah tidaklah mengkehendaki kita berkorban sehingga ke tahap demikian.cukuplah sekadar berkorban hawa nafsu dan berjihad di jalan Allah.janganlah terlalu memikirkan keduniaan sehingga akhirat di ketepikan.namun sayang seribu kali sayang,remaja zaman kini tidak lagi mengerti erti pengorbanan dalam Islam yang sebenarnya.dalam fikiran mereka hanya keindahan dunia tidak pernah membayangi indahnya nikmat syurga kelak.moga kita para remaja mampu kembali berbakti di jalan Allah sempena aidil adha yang mulia ini..salam eidul adha

Saturday, November 13, 2010

Hidup memang selalu begini..

13 November 2010..
1.05 a.m.

Permulaan hari yang agak memberi tekanan..rasa macam nak menangis tapi dah tak mampu nak menitis.it's okay..hidup,biasa laa tu..aku cuma mahu menjalani apa jua takdir Allah selepas ini.bunyi seperti putus asa namun insya-Allah,tanganku takkan berhenti menadah tangan dan berdoa agar segalanya kembali seperti biasa malah lebih baik daripada sebelumnya.Tetapi,alhamdulillah hari ini mereka dah berbaik semula,tidak seperti semalam..seharian bermasam muka dan tidak bertegur-sapa.syukurlah,semuanya berakhir malam tadi,pabila masing-masing meluahkan setiap apa yang terpendam di dalam hati.kami,anak-anak hanya mampu menjadi saksi pertengkaran mereka.terasa pilu sekali hati ini..air mata tak mampu ditahan lagi.memang,aku seorang yang lemah..cepat terasa..kuat menangis..tapi mereka tak pernah tahu aku menitiskan air mata setiap kali mereka berselisih faham.bagi mereka kami hanya budak kecil yang tak pernah mengerti masalah mereka.ya..kami selalu menjadi punca pergaduhan mereka.sebab ini juga semangat aku tak pernah padam untuk jadi yang terbaik terutama dalam pelajaran.supaya masalah utama selama ini mampu diselesaikan.memang benar kata orang,zaman sekarang adalah zaman wang ringgit.malah pelajaran juga memerlukan wang.namun pelajaran jugalah yang mampu mengembalikan wang.melalui apa?..melalui kejayaan.aku,abang serta adik2 harus berjaya agar mereka tak lagi bersusah-payah memikirkan mengenai wang ringgit.
walaupun hal ini sering berlaku,aku tetap bersyukur kerna Allah tempatkan aku dalam keluarga ini.aku bahagia..aku tahu,setiap pergaduhan itu demi masa depan kami.dan syukur alhamdulillah,setiap kali mereka bertengkar pasti akan berbaik semula.mujurlah ayah mudah mengalah.walaupun agak cepat naik angin namun pandai memujuk.mama pula,walaupun cepat terasa dan kecil hati namun cepat memaafkan.moga keseimbangan ini mampu mengukuhkan keluarga kami.aku tahu ayah dan mama bakal berkorban apa saja untuk kami.adik sayang ayah dgn mama sangat2..
untuk kakak aku yang tersayang pula,memang kerana itu juga aku sedih sangat2..aku tak tahu apa kesalahan yang telah aku lakukan semenjak ini yang menyebabkan dia bersikap dingin secara tiba-tiba.namun,bila difikirkan kembali..aku harus faham situasinya.aku tahu dia tertekan dengan keadaan sekarang.aku juga sering mendesak dan memaksa dia melakukan sesuatu ketika dia dalam keadaan stress.salah aku juga kerana tak pernah cuba nak membantu malah menambah beban di hatinya.maafkan saya,akak..aku gembira mendengar suara riangnya.rasa lapang hati ini.walaupun aku jauh dengannya,setidak-tidaknya aku tahu dia gembira.doaku cuma dia dapat tenangkan diri sentiasa dan tidak terlalu tertekan dengan situasi kini.aku takut dia bakal jatuh sakit lagi..moga tiada apa lagi yang berlaku selepas ini..
satu lagi cerita yang hendak dikongsikan,cikgu eriza dah selamat melahirkan anaknya.anak perempuan..aku gembira untuknya.sejak cikgu mengandung,aku tak lagi begitu rapat dengan cikgu.namun dia sentiasa dalam doaku.tak apa lah..aku faham situasi kini bukan seperti dulu.berita ini pun aku tahu dari kak umi dan najihah.kata najihah,cikgu sendiri yang menghubunginya.memang pada mulanya aku cemburu dgn najihah sebab dia berpeluang bercakap sendiri dgn cikgu padahal aku pula mendapat berita daripada orang lain.nak menghubungi cikgu pun,kredit tak ada.tapi aku sedar aku tak patut punya perasaan sedemikian.itu adalah hak cikgu dan najihah memang bertuah.sebelum cikgu melahirkan,dia pernah meminta pertolongan najihah untuk sama-sama mencari nama untuk anaknya.najihah mengajak aku untuk melaksanakan pertolongan itu.cikgu mahukan nama yang diakhiri dengan perkataan Umairah.kebetulan,nama Umairah adalah salah satu watak dalam cerpen aku dulu,Aisyah Umairah..tapi aku melarang najihah untuk mencadangkan nama itu kepada cikgu kerna aku tahu nama itu taklah sebagus mana.akhirnya,aku tidak langsung memberi apa-apa cadangan kerna tiada yang terlintas di fikiran aku masa itu.sehari selepas cikgu melahirkan,najihah menghubungiku.katanya,cikgu sudah menetapkan nama untuk anaknya iaitu Aisyah Umairah.aku terkejut sekali..najihah turut terkejut kerana dia tidak pernah memberitahu mengenai nama itu kepada cikgu.mungkin ini hanya kebetulan..apa-apa pun hal ini masih belum ada kepastian.harapan aku moga cikgu dan anaknya sihat sentiasa.itu saja..
moga bersua kembali dalam kiriman yang seterusnya..salam

Wednesday, November 10, 2010

karya bersama..


sudah tertulis karya hidup kita
melukiskan motif keindahan sebuah pertemuan
yang membenihkan kebahagiaan
kini berakar jauh ke dalam hati
bertunas nan mencambahkan keluhuran hati

disirami erti kasih sayang

kasih itu berkembang mekar

kala membaitkan kata-katamu yang indah
merangkapkan lembaran memori yang tercipta
menyiratkan bukti kasih kian berpasak
teguh selari nafas kita


andai tiada ketetapan sudah dari illahi
bak jangkaan yang tidak pernah terduga ini

akan sebuah pertemuan
kosonglah jiwa raga

suramlah kehidupan

kerna
kaulah cahaya
bagai mentari menyinari
menerangi kekusutan hati


walau kala hujan
air-air gerimis melakarkan pelangi kasih

mewarnai tutur bicara bila bermadah
melahirkan harapan baru

agar terus mencoretkan
kejernihan kasih sayang kita

sampai ke syurga

sudah jauh layaran hati ini

menyingkap seribu rahsia antara kita

meronta jiwa untuk terus mendoakanmu
dirahmati tuhan


bayu-bayu angin membuaikan
ucapan terindah buatmu

kelak tiada dirimu lupakan

kenangan kita..
30/09/2010

Wednesday, November 3, 2010

haii..

sebenarnya,tiada apa yang penting ingin dikongsikan..
ramai orang pasti berpendapat bahawa tajuk blog ini tak sepadan dengan isi kandungannya.aku juga berpendapat demikian.sebabnya,blog ini lebih cenderung ke arah luahan hati aku bukannya menghadirkan cahaya ilham buat orang lain.hehe..apa-apa je la..
orang lain mungkin suka meluahkan ceritera seharian pada orang sekeliling ataupun diari.tapi aku lain sedikit.mungkin tiada siapapun yang mahu mengunjungi blog ini namun aku tak kisah.mungkin ini salah satu cara aku nak meluahkan segala-galanya sendirian sebab akupun tak suka cerita masalah kepada orang lain terutama keluarga aku.rasanya mereka pun tak tahu aku mempunyai blog sendiri.kadang-kadang ringan sikit beban di hati ini pabila dapat bercerita di ruangan ini.tapi kadang-kadang tak de effect pun.hehe..
aku sedang dalam proses penyesuaian diri sebenarnya..kadang-kala pelik juga.memang betul masa aku di rumah terlalu berbeza dengan masa aku di asrama tapi takkan la rumah sendiri pun kena sesuaikan diri sesekali balik.pelik kan!!..entah la..
orang kata,rumahku syurgaku tapi kali ni rasa berat hati nak balik.bukan sebab family aku.mereka tak ada apa-apa masalah pon tapi aku rasa tak teruja nak balik bercuti.kawan-kawan lain semua sangat gembira nak pulang ke rumah tapi kenapa aku tak ye?..kalau aku pun sama macam mereka mesti cuti kali ni lebih bermakna kan..
kenapa aku terlalu memikirkan kenangan-kenangan di maktab sepanjang masa?..bukankah ia lebih menambah penderitaan ini..kenapa aku tak boleh nak nikmati cuti ini?..macam orang lain..
aku ni terlalu ikutkan perasaan.cubalah berfikiran positif!!..dari dulu sampai sekarang aku tetap tak mampu nak kuasai kemahiran ini.kemahiran berfikir positif..tak tahu laa kenapa..susah ke?..
lagi satu masalah aku,(banyak betul masalah aku ni kan..hehe.nak wat camne,nasib badan!)sepatutnya balik rumah,lebih banyak luangkan waktu bersama keluarga tapi aku tak.hampir sepanjang masa aku menyendiri di rumah embah(nenek).bukan aku benci atau tak suka pada keluarga aku tapi aku rasa lagi sedih bila bersama dengan mereka.tak tahu la kenapa..lebih baik aku sorang-sorang.kalau aku nak menangis pun tak ada siapa yang tahu.biar la aku nangis sorang-sorang..lebih selesa..
kalau aku diberi peluang,hanya satu sahaja permintaan saya..izinkan aku bertemu dengannya saat ini,ya Allah..tapi aku tahu itu sangat mustahil.
kata-kata dia sering terngiang-ngiang di fikiranku,1.belajarlah berfikiran positif..2.janji pada diri sendiri lebih bermakna berbanding janji pada orang lain..
jangan bimbang,saya janji kita takkan pernah putus..putus hubungan,putus telefon,sms,putus kasih dan macam-macam lagi.hehe..harap dikau turut berpegang pada janji.
lebih banyak lagi yang bakal dijadikan cerita pada masa depan.sehingga bertemu kembali...


Monday, November 1, 2010

hari kedua

hari ni masuk hari kedua aku kembali ke rumah.kebosanan yang teramat sangat.dan apabila aktiviti kosong,mulalah perasaan lain mempengaruhi diri.rindu dengan suasana di maktab makin membuak.bayangan wajah-wajah teman di maktab.mungkin orang ramai mula bosan mendengar keluhan ku ini namun nilah hakikatnya.kepada siapa lagi mampu aku luahkan perasaan ini..mujur ada ruangan ini untuk aku lakarkan segala suka duka ku.aku sendiri tak mengerti dengan diriku.mengapa aku begitu lemah dengan ujian illahi?..selama ini aku sering menasihati orang agar sentiasa tabah menghadapi dugaan tapi apa dah jadi dengan aku..kenapa aku tak boleh guna nasihat tu untuk diri sendiri?..kenapa aku lemah sangat?..kenapa susah sangat nak tahan air mata ni?..ya Allah,tolong lah aku.sakit sangat rasanya,ya Allah.aku tak mampu nak hadapi perkara ni.apa yang boleh aku buat?..fatin,redakanlah perkara ini..ini suratan-Nya.kau kena biasakan keadaan ni.lepas ni lebih besar ujian yang kau kena hadapi.tiada apa yang boleh kita jangka sebenarnya.kau harus bersedia..