I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, March 13, 2011

pengalaman yang mendewasakan..

bertemu lg dalam entry kali ini..
kali ini sy nk cerita tentang satu hari yg penuh dengan pengalaman yang x kan dapat sy lupakan..
pengalaman yang mengajar saya erti ketabahan dan sifat berdikari..
kisah benar yang berlaku dalam realiti kehidupan..
mungkin ini perkara biasa bagi orang lain namun ia adalah benda baru dalam hidup saya..
seperti kebiasaan,saya perlu pulang sendirian ke rumah bagi meringankan beban mama dan ayah daripada bersusah-payah menjemput ku di asrama..
mengikut perancangan,saya dan madi akan mencatu bas dari maktab ke stesen bas teluk intan..
namun,ia terpaksa ditukar kepada plan yang terbaru angkara kerisauan hati kami tentang kemungkinan yang kami tidak akan mendapat tempat di dalam bas nanti..
jadi,kami memutuskan untuk menumpang izzah ke stesen bas..
perjalanan berjalan lancar..
10 minit kemudian,kakak madi tiba untuk menjemputnya..bas saya masih belum kelihatan..sabar lagi hati ini menunggu..
tak lama selepas itu,bas bagan datoh linear pun tiba..
aku bergegas mengangkat beg dan terus menuju ke arah bas terbabit..
malangnya,Allah sesungguhnya ingin menguji..
bas itu terus berlalu tanpa menghiraukan saya yang hanya tinggal selangkah dengannya..
hati berdetak ketakutan dan cemas..maklumlah saya tidak biasa dengan persekitaran di pekan ini tanpa mama dan ayah..
otak ligat mencari jalan penyelesaian..
akhirnya,keputusan dibuat dengan nekad yang bulat..
aku ingin menuju ke stesen teksi berjalan kaki..
mujurlah,ada yang sudi menunjukkan jalan kepadaku..moga Allah permurahkan rezeki mereka..
perjalanan di bawah terik mentari,dikelilingi ribuan kenderaan,dengan bebanan beg yang berat..saya mengagahkan diri untuk sampai ke destinasi yang boleh dikatakan jauh..
sesekali terasa ingin menitis air mata namun cepat-cepat aku kuatkan hati agar mampu berkelakuan sperti dewasa..
dan akhirnya,aku berjaya sampai ke stesen teksi..kelegaan yang sukar digambarkan menyelubungi diri..
dalam perjalanan pulang ke rumah menaiki teksi,mulut ini tidak berhenti mengucap syukur pada Allah..walaupun letih yang teramat sangat..aku bangga kerana aku sudah mampu mengatasi masalah aku sendiri dengan tabah..

mutiara yang ingin saya kongsikan bersama ialah : jangan berputus asa sebelum berusaha..saya telah membuktikan bahawa ketabahan mampu menyelesaikan masalah..percayalah,teman..
meskipun saya x punya pengetahuan tentang selok-belok di pekan tersebut..saya mengubah diri ini dari seorang yang malu untuk bertanya kepada seorang yang x segan bertanya agar tidak tersesat jalan..dari seorang yang lemah kepada seorang yang tabah menghadapi kesukaran..bersyukurlah teman..sesungguhnya Allah tidak akan menguji kita dengan sesuatu yang kita tak mampu hadapi..