I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, August 26, 2011

kenapa sukar tuk fahami?...

assalamualaikum..syukur,setelah sekian lamanya x menulis..hari ini punya kesempatan untuk berblogger..seperti biasa,masalah datang tanpa mengira waktu dan situasi..kata orang,ujian Allah memang begitu.ketahuilah ujian Allah mampu membersihkan dosa-dosa lalu..jadi,tidak hairanlah ujian itu mengundang keperitan yang teramat sangat.tapi,ingat..Allah pernah berfirman..setiap ujian yang diberikan kepada hambaNya adlah ujian yang mampu dihadapi..jadi,jangan putus asa fatin!!

bagi orang yang tidak berada di sekililingku..dia mungkin tidak mengerti apa yang bakal aku ungkapkan sebentar lagi..tapi bagi yang memahami,tolonglah beri kesempatan untuk saya menjelaskannya.

kenapa susah untuk faham apa yang cuba aku lakukan?..salahkah aku?..aku cuma nak yang terbaik untuk dia..setelah beberapa lama aku memerhatikan dan memikirkan perkara ini,aku berani membuat keputusan yang aku tahu memerlukan pengorbanan yang besar.tempoh 3 tahun bukan jangka masa yang pendek.kasih yang berputik selama itu memang sukar tuk dilupakan.tapi,sekiranya pengorbanan diperlukan..aku terima.
aku tahu si dia mampu menjaga dan membantu kasihku itu.dia boleh melakukan apa saja.dia boleh membahagiakannya lebih baik berbanding aku.kesanggupanku untuk berundur bukan kerana aku bencikan dia..bukan kerana dia sering jatuh sakit..bukan kerana sikapnya..bukan kerana apa-apa pun..dia tak salah barang sedikitpun.begitu juga rakannya..keputusan ini adalah hasrat hatiku sendiri.aku tahu hati si dia sering terluka pabila aku bersamanya.walaupun mulut si dia berkata,"saya tak kisah"..tapi aku memahami tingkah lakunya.kerana itulah,aku sanggup memutuskan begini.

bagi yang berkenaan..
percayalah,saya berundur bukan kerana saya benci padamu.saya sayangkan kamu..tapi tolonglah mengerti..saya tak mahu ada masalah yang berlaku.jangan anggap saya pergi sebab saya tak suka kamu macam kawan2 kamu yang lain.ingatlah,siapa yang ada dengan kita waktu kita susah.itulah rakan kita yang sebenarnya.dan saya tau org itu adalah si dia.jgn fikirkan rakan2 gelak tawamu..sebab mereka bukan sesiapa.ketidakhadiran mereka xmerubah apa2 pun.mereka pergi bukan salahmu tapi silap mereka sendiri.saya mohon sekali..hadapilah hidupmu dengan baik.jangan risau,perpisahan ini tidak lama.kelak,kita akan berpisah jua.saya tau kamu boleh hidup tanpa saya.ia takkan merubah apa2 pun.dari dulu,saya takut untuk kehilangan kamu.kelak,aku sendirian.tiada sesiapa pun.tidakkah kau kasihankan aku?jadi,biarlah aku pergi sekarang agar hati aku rela melepaskan mu kelak.segala memori takkan pernah luput dalam ingatan saya.terima kasih atas segalanya..

 

Thursday, June 2, 2011

ERTI CINTA SEJATI..

cinta...pernah bercinta?..sejujurnya aku tak..
tapi bohong kalau aku katakan aku tak pernah suka pada seseorang..
namun bukan itu topiknya hari ini..
aku cuma nak bongkar makna cinta yang sebenar..spesifiknya cinta pada manusia..
pernah aku terbaca satu buku,tertulis di dalamnya.."cinta yang sebenar dalam Islam yang tidak mendatangkan kemungkaran Allah adalah cinta bila mana timbul niat dalam hati untuk kita menikahi si dia"..
nak dijadikan cerita,aku meluangkan masa menonton sebuah filem bertajuk CUN lakonan Remy Ishak dan Maya Karin..meskipun cara percintaan yang ditonjolkan bukan seperti yang dianjurkan oleh Islam,ia tetap mempamerkan kemanisan cinta yang sejati.cinta yang akhirnya membuka pintu penyelesaian untuk setiap hati yang terlibat.tiada siapa yang kecewa..
si gadis sanggup mengetepikan segala-galanya demi seorang lelaki kampung..yang mengajarnya erti kasih-sayang,kejujuran,ketenangan sebenar...tempoh masa 2 minggu cukup berharga untuk si gadis juga jejaka..
 
sepanjang aku menonton filem ini,seakan-akan aku berada di dalam dunia filem tersebut..bukan lagi di sini..
bukan maksudnya aku leka dengan tontonanku,cuma aku membayangkan indahnya hidup jika pengakhirannya sentiasa gembira sebegitu..memperoleh kasih-sayang dari semua yang kita kasihi..bukan sahaja melayan perasaan sendiri..tapi saling menyayangi..mengingati..
kasih pada ANAK..ABANG..KAKAK..ADIK..

sukarkah untuk kita menghargai seseorang?...bagi aku,rasa ingin menghargai akan hadir semulajadi jika kita menyayanginya..tapi jika sebenarnya tiada rasa sayang dalam hati untuknya,penghargaan yang diberi jelas kelihatan KEPALSUANNYA..
bukan niatku untuk merungut atau apapun...hatiku sering berbisik,"aku tak kisah apa pun kebenaran dalam hatinya..meskipun dia tak pernah ingat pada aku..aku tetap senang hati untuk melakukan apapun untuknya.."

manusia sukar menyedari apa yang ada di depan matanya..bagi mereka,yang sentiasa bersamanya adalah teman gelak tawanya..meskipun hakikatnya ada yang lain saat hatinya gundah..

biarlah Allah yang sentiasa bersama aku..biarpun ada yang tidak pernah menghargai aku,tak pape..
kerna aku tak tahu cara berhenti menghargai orang yang aku SAYANGI...wallahualam

Monday, May 30, 2011

SEM..OH..SEM..

akhirnya,new post from me..
setelah sekian lmenye x tulis pape..bru skrg ade modal nak bercerita..sblum ni asyik luahkan perasaan je,kan..bukan anda je boring,sy pun boring dh melayan perasaan yang x sudah ni..hehe

kali ni nak citer pasal projek SEM plak..
tahun ni kami smbng projek SEM tahun lepas tapi thn ni punyer lagi gempak laa..
bru dapat rse camne wat research yg sebenarnya..
masih lg berkisar tentang baja organik..tapi kali ni kami guna bahan lain..
baja ni dipanggil IMO..iaitu sejenis bakteria baik yang perlu dicampur dengan molasers untuk mengaktifkannya..proses membuat baja ni mengambil mse beberapa minggu..
nasi mesti diperam selama 3 hari di bawah pokok buluh..dan akan melalui proses2 yg lain..

satu pengalaman yang mengembirakan dapat menimba ilmu
 baru.kami dapat lawat Felcra dan tanaman jagung..mcm2 pengalaman sy terokai dalam kajian ni..ad beberapa gambar yg sempat diupload..








Sunday, March 13, 2011

pengalaman yang mendewasakan..

bertemu lg dalam entry kali ini..
kali ini sy nk cerita tentang satu hari yg penuh dengan pengalaman yang x kan dapat sy lupakan..
pengalaman yang mengajar saya erti ketabahan dan sifat berdikari..
kisah benar yang berlaku dalam realiti kehidupan..
mungkin ini perkara biasa bagi orang lain namun ia adalah benda baru dalam hidup saya..
seperti kebiasaan,saya perlu pulang sendirian ke rumah bagi meringankan beban mama dan ayah daripada bersusah-payah menjemput ku di asrama..
mengikut perancangan,saya dan madi akan mencatu bas dari maktab ke stesen bas teluk intan..
namun,ia terpaksa ditukar kepada plan yang terbaru angkara kerisauan hati kami tentang kemungkinan yang kami tidak akan mendapat tempat di dalam bas nanti..
jadi,kami memutuskan untuk menumpang izzah ke stesen bas..
perjalanan berjalan lancar..
10 minit kemudian,kakak madi tiba untuk menjemputnya..bas saya masih belum kelihatan..sabar lagi hati ini menunggu..
tak lama selepas itu,bas bagan datoh linear pun tiba..
aku bergegas mengangkat beg dan terus menuju ke arah bas terbabit..
malangnya,Allah sesungguhnya ingin menguji..
bas itu terus berlalu tanpa menghiraukan saya yang hanya tinggal selangkah dengannya..
hati berdetak ketakutan dan cemas..maklumlah saya tidak biasa dengan persekitaran di pekan ini tanpa mama dan ayah..
otak ligat mencari jalan penyelesaian..
akhirnya,keputusan dibuat dengan nekad yang bulat..
aku ingin menuju ke stesen teksi berjalan kaki..
mujurlah,ada yang sudi menunjukkan jalan kepadaku..moga Allah permurahkan rezeki mereka..
perjalanan di bawah terik mentari,dikelilingi ribuan kenderaan,dengan bebanan beg yang berat..saya mengagahkan diri untuk sampai ke destinasi yang boleh dikatakan jauh..
sesekali terasa ingin menitis air mata namun cepat-cepat aku kuatkan hati agar mampu berkelakuan sperti dewasa..
dan akhirnya,aku berjaya sampai ke stesen teksi..kelegaan yang sukar digambarkan menyelubungi diri..
dalam perjalanan pulang ke rumah menaiki teksi,mulut ini tidak berhenti mengucap syukur pada Allah..walaupun letih yang teramat sangat..aku bangga kerana aku sudah mampu mengatasi masalah aku sendiri dengan tabah..

mutiara yang ingin saya kongsikan bersama ialah : jangan berputus asa sebelum berusaha..saya telah membuktikan bahawa ketabahan mampu menyelesaikan masalah..percayalah,teman..
meskipun saya x punya pengetahuan tentang selok-belok di pekan tersebut..saya mengubah diri ini dari seorang yang malu untuk bertanya kepada seorang yang x segan bertanya agar tidak tersesat jalan..dari seorang yang lemah kepada seorang yang tabah menghadapi kesukaran..bersyukurlah teman..sesungguhnya Allah tidak akan menguji kita dengan sesuatu yang kita tak mampu hadapi..

Thursday, February 3, 2011

yuhuu!!!....

Dah lme gak x update blog ni..
xde idea nk tulis apa sebenarnya..
erm,lagi beberapa hari nk kena blk mktb dh..tp ok kot..
x sbr nk mula belajar...
harap2 segalanya nudah untk dilalui..

semakin dewasa umur aku,
semakin banyak hari yang aku lalui,
semakin jauh perjalanan aku,
semakin aku sedar..
terlalu banyak masa yang dah aku buang..
terlalu banyak yang belum aku pelajari..

setiap kali pulang bermalam di rumah..ada benda baru yang aku belajar atau sedar..
cuti kali ini,aku terfikir sendiri..betapa banyak masa yang dah aku buang selama ni..
aku terfikir sesuatu yang selama ni aku x yakin..
tapi sekarang aku pasti..
kadang2 aku sangka hidup aku sia-sia tanpa seseorang yang aku sayang..
aku lakukan segalanya untuknya..
aku berkorban segalanya untuk dia..
masaku,rehatku,perasaanku..
hanya untuk membuktikan betapa luhurnya kasih sayang
orang ramai sering salah sangka..
katanya,sayang hanya untuk girlfriend/boyfriend..
tapi bagi aku tidak..
ramai remaja yang terluka hatinya sebab putus cinta..
tapi bukan itu punca hatiku terluka kini..
kerna aku tidak pernah bercinta..
tapi hatiku terluka kerana perkara lain..
yang mungkin biar aku saja yang menyimpannya..

ada orang yang sering berkata padaku..
jangan gemar memendam masalah..ceritalah kepada orang..
haha..x perlu..tiada siapa yang bakal mengerti..
biarlah luka itu sembuh sendiri walaupun aku tahu ia bakal berdarah lagi..
kerna manusia memang x pernah sedar bila melakukan kesalahan..
perlukah aku sedarkan dia?..
jawapannya..tidak..
sebab apa?..
biar la dia sedar sendiri walaupun aku tau dia xkan sedar..
aku tau satu hari perkara ni akan jadi..so aku reda..
satu je yg aku nk katakan di sini..

HATI UMPAMA KACA..
JANGAN BIAR IA RETAK..
AKAL ITU UMPAMA AIR..
JANGAN BIAR IA KERING..
IMAN UMPAMA DEBU..
JANGAN BIAR IA HILANG..
UKHWAH ITU UMPAMA TALI..
JANGAN BIAR IA PUTUS..

Kata2 ini dari guruku sebenarnya..
satu saja pesanku buat teman2..
jaga ukhwah anda dengan sesiapa saja..
jgn biar ia putus kerna pasti sakit rasanya kelak..
tapi jgn lupa setiap pertemuan pasti ada perpisahan..
jadi bersabarlah...

Monday, January 3, 2011

Tahun Baru..Cabaran Baru..

Sudah aku menyangka dari dulu lagi..sememangnya jangkaan aku tepat sekali.sambutan orang ramai dengan kehadiran 1 januari 2011 jauh lebih meriah berbanding tibanya 1 muharam 1432 hijrah.orang ramai berkumpul semata-mata meraikan tahun baru dan melihat bunga api.sanggup bersesak dalam kesesakan lalu lintas sepanjang 10km hanya untuk menyaksikan pertunjukan bunga api.itulah yang berlaku di ibu negara beberapa hari yang lalu..namun berapa saja yang masih ingat hadirnya 1 muharam dalam hidup kita?..boleh dibilang dengan jari jumlahnya..
bukan salah untuk berkumpul bersama-sama dan meraikannya cuma tahukah kita akibatnya?..
beribu anak haram diciptakan pada malam itu..angkara siapa?..angkara remaja2 yang sudah hilang arah dan tak lagi sedar akan maruah keluarga dan agama.moga2 budaya ini mampu diubah dengan hidayah dari Illahi..Insya-Allah..

esok,aku dan rakan2 akan mula pulang ke maktab dan mendaftar.perasaan aku?..haha..tak tau laa..nak kata seronok tu tak laa sangat..nak kata sedih tu tak laa juga..biasa2 je..
apa2 pun,apa yang aku takutkan adalah cabaran yang bakal aku hadapi tak lama lagi.kata kakak2 senior form4 susah sangat.tapi aku cuba tanamkan semangat dalam diri aku bahawa tak ada yang mustahil dalam hidup.apa yang perlu dibuat hanya usaha dan doa yang berterusan.
ayah pun awal2 dah pesan.fokus dan tak boleh main2 dah kali ni.dia nak aku pergi overseas tapi tak tau laa camne..kalau ada rezeki dari Allah,ada la tu..lagipun panjang lagi perjalanan dan perlu dimulakan dari sekarang.insya-Allah,sudah bulat tekadku hanya untuk menuntut ilmu tujuan ku kini.moga Allah berkati niatku dan bantu aku untuk menghadapi cabaran yang lebih besar pada lembaran yang baru kini..

Saturday, December 25, 2010

Alhamdulillah..

Akhirnya,impian yang dikejar jadi realiti..8A dalam genggaman ku kini.mungkin bagi orang lain kejayaan ini tidak begitu penting tapi ia amat penting bagi aku kerna inilah kehidupan aku.sukar bagi orang lain memahami.inilah titik permulaan atau batu loncatan untuk aku menggapai kejayaan yang lebih besar pada masa depan.syukur pada Allah,usaha aku dan rakan2 kini membuahkan hasil.kami berjaya mencatatkan kejayaan terbaik pasir salak dengan mendapat tempat ke-2 antara MRSM se-Malaysia serta 100% A dalam subjek BM dan KH.aku bersyukur sgt2 sbb Allah kabulkan doa aku untuk lihat semua org gembira terutama cikgu2.terima kasih,Ya Rahman.

cuma satu harapan aku kini..agar Allah tidak melalaikan aku dan rakan2 dgn kejayaan yang dikurniakanNya.jgn biarkan kami bongkak atau angkuh dengan kejayaan ini.berilah kami kesedaran bahawa ini adalah rezeki dariMu bukan hanya dari usaha kami sahaja.moga kejayaan ini bakal berguna buat agama,bangsa,dan negara..

kejayaan yang diterima juga aku kongsikan bersama sepupu2 yang sebaya denganku.alhamdulillah kejayaan straight A dalam UPSR beberapa tahun lalu berulang kembali.sekali lagi kami berjaya buktikan bahawa cucu2 arwah embah boleh berjaya.kalau embah ada lagi,boleh laa aku cakap kat dia..'embah..fatin,syazana ngan amirah dapat 8A dlm PMR..semua cucu embah dpt 8A..embah suka?..'aku pasti dia bakal tersenyum bangga..

inilah realiti hidup aku..segala masalah bakal selesai hanya dengan kejayaan kerna inilah harapan hidup kami.well,kini masanya untuk tingkatkan usaha bagi menghadapi SPM pula.go,go,fighting...