I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, September 12, 2010

"sayang"??manis atau pahit

Fitrah manusia mempunyai perasaan sayang..
sayang pada Allah..
sayang pada rasul..
sayang pada alam..
sayang pada ayahanda bonda..
sayang pada manusia..

rasa sayang yang abadi ialah kurniaan Allah..
tak mampu kita cegah..
tak mampu kita halang..
sebaliknya terimalah ia..
hargailah ia selagi termampu..

rasa sayang sesama manusia hanya mampu dilenyapkan dengan 1 cara..
apabila berpisahnya roh daripada jasad..
walau insan tersebut jauh beribu batu..
rasa sayang mampu mengatasinya..
mewakilkan angin sebagai penyampai rindu di hati..

namun,bila saatnya sudah tiba..
tak ada yang mampu menghalang..
walau seribu cara yang dilancarkan..
walau menitis air mata darah..
tak ada yang bisa mengekangnya..
perpisahan tetap jua berlaku..

saat itu hancurlah berderailah hati ini..
umpama kaca jatuh ke batu..
seluruh hidup berubah sama sekali..
hilang segala senyuman..
mahupun gelak tawa..
begitulah hebatnya rasa sayang..
walau diatur sebaik mungkin..
perpisahankan tetap berlaku..
justeru,hargailah perasaan sayang..
jangan pernah disesali..
kerna ia kurniaan Illahi yang abadi.
.



Friday, September 10, 2010

Syawal Pertama

tanggal 10 september bersamaan 1 syawal 1431 hijrah,umat islam seluruh dunia menyambut aidilfitri yang mulia.seawal 7 pagi aku dan keluarga sudah mula bersiap.syawal seperti biasa dimulakan dengan sesi bermaafan sesama ahli keluargaku.aku bersyukur dan bahagia sekali apabila melihat keluargaku sudi bermaafan antara satu sama lain sehingga menitiskan air mata yang jernih.abang yang terkenal dengan keegoan dan kedegilannya pun tewas dengan emosi.akhirnya jatuh jua air mata terkenangkan dosa-dosa yang kami lakukan pada ibu bapa kami.sudah terlalu banyak sehingga tak terkira.dalam hati aku sentiasa berdoa agar keluarga aku akan terus bahagia sampai bila-bila.merekalah hidup dan mati aku.biarpun wajah ini atau reaksiku tak pernah menzahirkan kasihku pada mereka namun hanya allah yang tahu betapa sayangnya aku pada mereka.moga syawal kali ini bakal mengeratkan setiap apa yang renggang selama ini.


namun,di kala aku sedang berseronok dengan keluarga..ku terima berita bahawa sesuatu yang buruk terjadi kepada orang yang aku sayang.berita yang diterima masih belum jelas pucuk pangkalnya.yang pasti dia beranggapan bahawa syawal kali amat memilukan baginya.hatiku mula bimbang dengan keadaannya.moga-moga tiada yang serius yang berlaku.aku sebolehnya mendambakan kebahagiaan bagi semua insan yang aku sayang namun mungkin allah ingin menguji kesabarannya di hari mulia ini.buat kekandaku,sabarlah dikau menghadapi apa jua dugaan-Nya kali ini.percayalah,ku sentiasa di sini kala dikau ingin meluahkan sesuatu..ku tunggu panggilan darimu.jaga diri,moga dikau terus tabah seperti kebiasaannya..

Wednesday, September 8, 2010

Raya Datang Lagi

Detik yang dinanti-nanti umat Islam sudah tiba akhirnya..walaupun sedang sibuk membuat persiapan kehadiran hari mulia ini,alhamdulillah daku masih berkesempatan mencoretkan sesuatu dalam blog ini.aku mengharapkan sesuatu yang indah untuk hari raya tahun ini.bukan sahaja dari segi persiapannya,baju barunya,kasut barunya,kuih rayanya mahupun duit raya..aku mengharapkan sesuatu yang semestinya didambakan semua orang iaitu KEBAHAGIAAN.sejak beberapa hari yang lalu,aku dapat merasai nilai kerjasama antara ayah,mama,abang,alang dan adik menyiapkan persiapan hari raya.mungkin ini perkara biasa bagi orang lain tapi bukan bagi aku kerna kebahagiaan ini kurang aku perolehi sejak tinggal di asrama.terlalu sedikit waktu aku bersama mereka.dan berbunga-bunga hati ini apabila masing-masing gembira termasuk aku.betul kata orang,rumahku syurgaku..kadang-kadang aku teringat pada teman-teman yang kurang bernasib baik.ibubapa dah bercerai dan terpaksa tinggal berasingan.di sekolah,ada seorang pelajar yang sering mengadu nasib kepadaku.detik-detik hari raya makin hampir menimbulkan konflik yang lebih besar untuknya iaitu tersepit dengan kehendak ibu dan bapanya supaya pulang ke kampung halaman yang berbeza.serba-salah dibuatnya..moga Allah bukakan pintu hati ibubapanya supaya berbaik demi kebaikan anak-anak.buat temanku,bersabarlah..ingatlah bahawa:


"ALLAH TIDAK AKAN MENGUJI HAMBANYA DENGAN UJIAN YANG TAK MAMPU DIHADAPI HAMBANYA"


Tuesday, September 7, 2010

Perjuangan belum berakhir

Hari Raya Aidilfitri makin hampir.masing-masing tentunya sedang sibuk membuat persiapan menyambut hari kemenangan ini.namun bagi kami pelajar-pelajar tingkatan 3 masih belum mampu mengecap kemenangan yang sebenar.semakin cepat hari raya menjelang,makin hampir peperiksaan dengan kami.barangkali aidilfitri tahun ini hanya disambut ala kadar sahaja.masa seakan-akan semakin pantas mengekori kami.tanggungjawab yang berat tergalas atas bahu kami untuk mengekalkan kecemerlangan pelajar tahun lalu.insya-allah,semuanya bakal berjalan lancar.buat teman-teman seperjuanganku,sabarlah kalian semua..inilah yang digelar pengorbanan.ayuh,kita sama-sama berjihad di jalan Allah dengan cara memperoleh kejayaan bagi pelajar islam.sering kali aku mendengar keluhan rakan-rakanku menjelang peperiksaan,begitu juga aku.namun,sama-samalah kita kuatkan hati,bulatkan tekad...
Ada mutiara kata yang ingin aku kongsikan bersama:


DI DALAM DUNIA INI TIDAK PERNAH ADA ORANG YANG TEWAS KECUALI ORANG YANG MENGALAH DAN BERPUTUS ASA SEBELUM BERJUANG.WALAUPUN DIA TEWAS DALAM PERJUANGAN TERSEBUT, NAMUN DIALAH WIRA SEBENAR KERANA MEMILIKI KEBERANIAN MENGHADAPI HAKIKAT

Ramadan Tahun Ini

Tahun ini,
Ramadan datang lagi,
Membuka pintu syurga Jannah buat para mukmin,
Menutup pintu neraka Jahannam buat para muslimin,
ibadat diperbanyak amalan dipertingkat,
masing-masing mencari ruang tuk mendapat reda Ilahi..

Namun,
kesal seribu kali kesal,
kemungkaran tetap berlaku,
gelak tawa syaitan tetap kedengaran,
remaja semakin hanyut dibawa arus kejahilan,
bagaikan tidak sedar kehadiran Ramadan yang mulia...

Aurat bukan lagi keutamaan,
cinta dunia makin bersebaran,
mana hilangnya maruah diri,
islam hanya pada nama,
namun tak pernah cuba mengamalkannya...

Kini,
Ramadan bakal meninggalkan kita,
memberi ruang Syawal menerpa,
mungkinkah masih ada Ramadan seterusnya?
atau ini yang terakhir selamanya..
hanya Allah yang mengetahuinya..

Manfaatkanlah sisa-sisa Ramadan yang tinggal,
ketika kita masih berkesempatan,
agar tidak sesal kemudian hari,
Salam peringatan...