I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, November 3, 2010

haii..

sebenarnya,tiada apa yang penting ingin dikongsikan..
ramai orang pasti berpendapat bahawa tajuk blog ini tak sepadan dengan isi kandungannya.aku juga berpendapat demikian.sebabnya,blog ini lebih cenderung ke arah luahan hati aku bukannya menghadirkan cahaya ilham buat orang lain.hehe..apa-apa je la..
orang lain mungkin suka meluahkan ceritera seharian pada orang sekeliling ataupun diari.tapi aku lain sedikit.mungkin tiada siapapun yang mahu mengunjungi blog ini namun aku tak kisah.mungkin ini salah satu cara aku nak meluahkan segala-galanya sendirian sebab akupun tak suka cerita masalah kepada orang lain terutama keluarga aku.rasanya mereka pun tak tahu aku mempunyai blog sendiri.kadang-kadang ringan sikit beban di hati ini pabila dapat bercerita di ruangan ini.tapi kadang-kadang tak de effect pun.hehe..
aku sedang dalam proses penyesuaian diri sebenarnya..kadang-kala pelik juga.memang betul masa aku di rumah terlalu berbeza dengan masa aku di asrama tapi takkan la rumah sendiri pun kena sesuaikan diri sesekali balik.pelik kan!!..entah la..
orang kata,rumahku syurgaku tapi kali ni rasa berat hati nak balik.bukan sebab family aku.mereka tak ada apa-apa masalah pon tapi aku rasa tak teruja nak balik bercuti.kawan-kawan lain semua sangat gembira nak pulang ke rumah tapi kenapa aku tak ye?..kalau aku pun sama macam mereka mesti cuti kali ni lebih bermakna kan..
kenapa aku terlalu memikirkan kenangan-kenangan di maktab sepanjang masa?..bukankah ia lebih menambah penderitaan ini..kenapa aku tak boleh nak nikmati cuti ini?..macam orang lain..
aku ni terlalu ikutkan perasaan.cubalah berfikiran positif!!..dari dulu sampai sekarang aku tetap tak mampu nak kuasai kemahiran ini.kemahiran berfikir positif..tak tahu laa kenapa..susah ke?..
lagi satu masalah aku,(banyak betul masalah aku ni kan..hehe.nak wat camne,nasib badan!)sepatutnya balik rumah,lebih banyak luangkan waktu bersama keluarga tapi aku tak.hampir sepanjang masa aku menyendiri di rumah embah(nenek).bukan aku benci atau tak suka pada keluarga aku tapi aku rasa lagi sedih bila bersama dengan mereka.tak tahu la kenapa..lebih baik aku sorang-sorang.kalau aku nak menangis pun tak ada siapa yang tahu.biar la aku nangis sorang-sorang..lebih selesa..
kalau aku diberi peluang,hanya satu sahaja permintaan saya..izinkan aku bertemu dengannya saat ini,ya Allah..tapi aku tahu itu sangat mustahil.
kata-kata dia sering terngiang-ngiang di fikiranku,1.belajarlah berfikiran positif..2.janji pada diri sendiri lebih bermakna berbanding janji pada orang lain..
jangan bimbang,saya janji kita takkan pernah putus..putus hubungan,putus telefon,sms,putus kasih dan macam-macam lagi.hehe..harap dikau turut berpegang pada janji.
lebih banyak lagi yang bakal dijadikan cerita pada masa depan.sehingga bertemu kembali...


No comments: