I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, November 16, 2010

Hari Raya Aidiladha..

17 November 2010..

Tarikh ini telah ditakdirkan oleh Allah supaya umat Islam di Malaysia menyambut hari raya haji..satu upacara wajib akan dilaksanakan hari ini iaitu upacara korban.apa yang kita tahu mengenai korban?..adakah sekadar menyembelih binatang?..sebenarnya hari raya korban membawa satu mesej yang harus kita jadikan pedoman..sambutan hari raya haji diadakan sempena memperingati peristiwa yang berlaku pada zaman nabi dahulu..
kisah di mana Nabi Ibrahim yang rela mengorbankan puteranya,Nabi Ismail semata-mata untuk menuruti perintah Allah.besar sungguh pengorbanan mereka,bukan..sedangkan kita,pastinya sudah merintih bahkan meraung jika berada di tempat Nabi Ibrahim atau Nabi Ismail..
namun Allah tidaklah mengkehendaki kita berkorban sehingga ke tahap demikian.cukuplah sekadar berkorban hawa nafsu dan berjihad di jalan Allah.janganlah terlalu memikirkan keduniaan sehingga akhirat di ketepikan.namun sayang seribu kali sayang,remaja zaman kini tidak lagi mengerti erti pengorbanan dalam Islam yang sebenarnya.dalam fikiran mereka hanya keindahan dunia tidak pernah membayangi indahnya nikmat syurga kelak.moga kita para remaja mampu kembali berbakti di jalan Allah sempena aidil adha yang mulia ini..salam eidul adha

No comments: