Monday, November 1, 2010
hari kedua
hari ni masuk hari kedua aku kembali ke rumah.kebosanan yang teramat sangat.dan apabila aktiviti kosong,mulalah perasaan lain mempengaruhi diri.rindu dengan suasana di maktab makin membuak.bayangan wajah-wajah teman di maktab.mungkin orang ramai mula bosan mendengar keluhan ku ini namun nilah hakikatnya.kepada siapa lagi mampu aku luahkan perasaan ini..mujur ada ruangan ini untuk aku lakarkan segala suka duka ku.aku sendiri tak mengerti dengan diriku.mengapa aku begitu lemah dengan ujian illahi?..selama ini aku sering menasihati orang agar sentiasa tabah menghadapi dugaan tapi apa dah jadi dengan aku..kenapa aku tak boleh guna nasihat tu untuk diri sendiri?..kenapa aku lemah sangat?..kenapa susah sangat nak tahan air mata ni?..ya Allah,tolong lah aku.sakit sangat rasanya,ya Allah.aku tak mampu nak hadapi perkara ni.apa yang boleh aku buat?..fatin,redakanlah perkara ini..ini suratan-Nya.kau kena biasakan keadaan ni.lepas ni lebih besar ujian yang kau kena hadapi.tiada apa yang boleh kita jangka sebenarnya.kau harus bersedia..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment