Assalamualaikum..
Seperti yang diketahui ramai,keputusan pmr bakal dikeluarkan 23 disember 2010..kira-kira seminggu dari sekarang.debaran kian terasa..memikirkan nasib dan perjalanan masa depan.mungkinkah aku mampu menggalas harapan ramai orang?..harapnya begitulah.
beberapa minggu lagi,kehidupan bakal kembali seperti dahulu.sekolah,homework..erm,mungkin ini saat yang ditunggu-tunggu.mungkin juga tidak..apa-apa pun,hidup harus diteruskan..
pengalaman hari-hari yang baru aku lalui,mengajar aku banyak benda.tentang erti pengorbanan,kasih sayang,perjuangan..demi kejayaan menempuh hidup sebagai khalifah Allah di bumi ini.kepayahan hidup memaparkan kesedaran dalam diri aku bahawa bukan hanya aku yang berkorban malah terlalu ramai yang berkorban untuk aku.sebelum inii,aku terlalu banyak merungut tentang harapan yang digantungkan kepada aku.tapi sedarkah aku,hanya dengan harapan itu mereka dapat terus bertahan dengan dugaan Allah.pengorbanan aku tidaklah setanding jika hendak dibandingkan dengan pengorbanan mereka.aku cuma aset mereka yang takkan pernah wujud tanpa usaha mereka.Allah itu maha Adil,bukan..aku bersyukur walaupun terlalu banyak cabaran dalam hidup tapi ada satu anugerah yang dikurniakanNya iaitu Kasih Sayang..
hidup aku terlalu banyak insan yang aku sayang.kadang-kala merekalah kekuatan aku untuk terus hidup.walaupun sesekali hati terguris dek sikap mereka yang menyakitkan..perbuatan yang mungkin mereka sendiri tidak sedari..memang sakit rasenye..tapi pasti terubat dengan penangan memori2 indah.sedarkah mereka bahawa aku sayang mereka..
kadang-kala perasaan marah dan iri hati pabila mereka meyayangi yang lain..atau disayangi yang lain.tapi nilai kasih sayang itu milik Allah.tidak layak untuk aku persoalkan.aku hanya mampu berkongsi dan menumpang apa yang sememangnya milik Allah.segala-galanya...
untuk memaparkan kesungguhan dan betapa kuatnya kasih sayang aku pada insan2 ini,cuma satu tugasku...
iaitu berbakti pada mereka..membantu saat kesusahan mendatang,mendampingi saat kegusaran melanda..pengorbanan itu sangat penting..kebahagiaan itu pasti datang!!
Allah itu tahu tapi menunggu....wassalam



No comments:
Post a Comment