I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, December 19, 2010

Hayatilah..

Kawan..sahabat..teman..
macam mana kita nak tahu siapa teman kita sebenarnya..
bolehkah kita mempercayai kata-kata dari mulutnya..
bukankah anggota ciptaan Allah ini mampu memalsukan kebenaran..
adakah omongannya selari kata hatinya..
aku ragu mengenainya..
adakah aku hanya teman di kala dia kebosanan..
kesunyian..keseorangan..
memang benar kata-katanya penuh kasih..
namun..
sejauh mana hakikat sebenarnya..
sesekali tingkahnya tidak menggambarkan kata-katanya..
itu yang menjadikan aku ragu..
maafkan daku..
hingga timbul rasa sangsi dalam hati ini..
aku tahu keyakinan itu penting..
oleh itu,teman..sahabat..saudara..
biarlah apa pun kebenarannya..
aku tetap percaya padamu..
biarpun kadang-kala aku terluka..
namun aku rela..
agar aku mampu bergelar..
TEMAN YANG SETIA....

p/s..bunyi mcm org tgh bercinta,kan..tp ketahuilah cinta ada banyak cabang..cinta pd Allah,alam juga manusia..dan cinta pada sahabat atau saudara lebih suci berbanding cinta pada teman lelaki atau teman wanita..barang siapa tahu menghayatinya bakal faham maksud luahan ini..terima kasih

1 comment:

AsPiRaSi NuR iMaN said...

kehidupan itu tak semuanya indah...
kadang kala keindahan itu selari dengan kebahagiaan..
benarlah kebahagiaan itu perlu dicipta bukan..dicari..
kebahagiaan itu menjadi puncak keagungan sebuah jiwa...
sama ada gembira...rakus...dan kasih sayang...
hanya insan yang tahu mensyukuri nikmat-Nya, pasti tahu mengenal kasih dan sayang...


bait2 ini menjadi peganganku..walaupun aku tidak mudah difahami...